Wednesday

Assalamualaikum,
hai hai hai all.mlm ni trasa ada aura nak berbelog wlaupun byk keje tunggu time tu disettle kan.
tapi kan,hati ni meronta-ronta nak wrote something.wawawa.

1st of all, bulan ni ramai member2 yg baru dapat baby.congratulations uols.smoga jd parents yg baik.
sgt best tgk gambar baby korg.comel2 sgt.
bila usha2 mostly kawan aku dah ade baby rupanya..bestnya diorg.alhamdulillah.
skrg one of my best friend kt skolah pun tgh pregnant..hihi
best3.

okok, so uols,
do u ever feel guilty all day long juz bcoz remembering all mistakes/sins u had done in the past?

well, to be honest...yes I DO! 
mestilah kan,sbb aku manusia biasa je.tipu gile kalo xpenah buat silap.dah hampir 28 tahun hidup, masyaAllah, bila dikenang2kn byk silap & dosa yang aku penah buat.come on, semua org pasti ada buat salah kan.tp sejak2 akhir ni selalu terkenang silap2 aku pada masa lepas...sampaikan aku terfikir mungkin apa yang berlaku skrg ada kerana silap2 aku yg dulu kah.tp xbaik kita berprasangka dengan segala takdir Allah.haruslah terima dengan tabah dan REDHA!

whatever it is, kena ingat.seburuk mana pun perangai kita, pasti ada sesuatu yang baik ttg kita walaupun hakikatnya kita tak sempurna seperti Nabi Muhammad SAW kerana Allah swt dah bgtahu awal-awal Nabi Muhammad manusia yang terbaik.

cumaaa,terpulang pada diri kita sendiri samada mahu teruskan dengan keadaan diri begitu atau teruskan dan mulakan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.yang pasti,hanya diri kita sendiri shj yg boleh ubah diri kita.

baru2 hadir Konsert Khalifah Seni, di MArina Island.best sgt.ada ramai artis2 yg dah 'berhijrah' hadir malam tu.ada Catriona Ross,Fara (bagaikn puteri), Sham Kamikaze,Bob KU2.Ada jugak sesi dgn Ustaz Azhar Idrus.
bila dgr cerita 'hijrah' artis2 tu, aku rasa kagum sgt.hanya Allah yg tahu life diorg sblm berubah,tp yg pastinya aku thu bsar hijrah diorg.alhamdulillah.skrg aku berharap aku pun akan berhijrah dr aku yg dlu kpd sesuatu yg baru yg lebih baik.
byk lg kena belajar & i'll try my best, Insya Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W ; "Manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa."

apa yg aku pegang sekrang segala nya kita perlu sandarkan pada kuasa Allah.
whatever mistakes u have done & if u feel regret of it and its keep haunting you,refer to Allah.He knows the best for us, and the best way is TAUBAT.insyaAllah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 135 : “Dan apabila mereka melakukan perkara dosa atau menzalimi diri sendiri, lalu segera mengingati Allah dan bertaubat atas segala kesalahan mereka.” 


kdg2 mmg pernah terlintas rs spt menangisi nasib diri sendiri.hati kdg2 terusik,
yelah,mcm2 berlaku pd aku sblm ni.the worst thing ever happen,kjdian putus tunang dlu.mula2 aku sgt menyalahkan diri sendiri,sampaikan diri terbeban, hari2 menangis sampai sakit2. tp alhamdulillah,Allah bg petunjuk pd aku,dan aku redha dgn apa yg berlaku.Alhamdulillah selepas itu aku semakin kuat.bknnya aku xpenah dikecewakn lagi selepas tu.byk lg ujian yg berlaku pd aku sampai ke saat ini,tp mungkin Allah cuba menguji aku supaya lebih kuat pada masa akn dtg.
skrg,kadang2 kata-kata org lain ada je yg buat aku terasa & feels like giving up.tp, aku cuba sdaya upaya to be positif.pedulikan kata2 org yg blh mengusik kalbu & just be myself.tipulah kalau tak sedih.bukan aku yg nak jd mcmni @ berada dlm keadaan mcmni.mungkin ini takdir Allah pd aku buat masa ni.
jadi bersabarlah wahai hati.

cukup setakat ni,

lots of love,



Sunday

aku sayang semua kawan aku demi Allah. :)

Assalamualaikum.
sbnarnya tgh menaip kertas keje lawatan tuk anak2 murid khas aku ke kl.tp di hati dah membuak2 nak luahkan sesuatu yg dalam lama tersimpan di dalam hati.dlm fikiran,'xkira nak update blog pasal ni jugak'
so,here i am.

okok,
sepanjang 27 tahun 10 bulan 12 hari hidup ni, aku sangat ramai kawan.
siyes,sgt ramai sampai kadang2 dah terkonpius n tertukar org sebab ramai yg nama sama & muka pn dh berubah sbb dah dewasa. haha,dewasa okay!
menurut rakan2 ku semua,aku ni sgt lah ramai kawan,sbb terlampau peramah.wawawa.bukan nak puji diri sendiri,senang cite mmg aku sgt ringan mulut untuk tegur sesiapa pun.
mcm org lain,aku pun ada kawan baik.
tp kawan baik aku ramai.sebab semua kawan2 aku mmg baik.so ramai lah kawan baik aku.
dlm persahabatan ni, ada byk istilah okeh.
kawan biasa tu lain,kawan baik lain.belum lagi istilah sahabat, sahabat baik.oh ada satu lagi, BFF.
haih mcm2 lah.

pada aku, kawan and sahabat tu sama je lah.yg mbezakan cuma kwn baik atau yg biasa2 je
tp yang penting kat sini, bgmana kita layan kawan2 kita tu.
ni yg menyedihkan kadang2.siyes!!
belum tentu KAWAN BAIK @ SAHABAT BAIK tu akan sentiasa baik dgn kita.
mcm tu jugak dgn kwn2 yg biasa2 tu.xmustahil yg biasa2 tu lah yang satu hari nnt akan tolong kita time kita susah pdhal yg kononnya kawan baik lgsg tak kisah psl kita.

benda ni dah penah terjadi pada aku sniri.
spt yg diberitahu tadi,aku mmg banyak kawan.ada yg biasa2 je n ada kawan baik.tambah2 bila time skolah dulu siap ada geng2 lah konon.
tp benda tu xde nya selamanya mcm tu.lama2 bila makin besar,pasti ada yg berubah.
kalau yg still the same tu, alhamdulillah.
aku pnh ada kawan baik-sangat baik-selalu buat apa saje dgn dia time skolah dlu.guess what,bila masuk matrik,jumpa kawan baru,she left me just like that.mujurlah aku ada ramai kawan,so kesedihan tu boleh la dicover dgn enjoy2 bersama kwn2 yg lain.
kat Universiti,same thing happen.so i have learned from past.never stick with only one friend.so,since that time, aku berkawan baik dengan semua org yg boleh menerima aku sbg kawan seadaanya.
sampai skrg,aku ada ramai KAWAN BAIK.bahagia rasanya.KAWAN BAIK aku ada pelbagai jenis.haha
ada yg jenis alim2.alhamdulillah.aku syukur ada kawan jenis mcmtu sbb aku ni byk kekurgan.at least bila aku perlukan pandangan dlm bab2 yg boleh membimbing,aku thu siapa yg boleh aku cari.
ada juga kawan yg jenis enjoy2.yg ni pun penting okeh.kalo tak bosan lah hidup.
aku ada juga kawan yg sgt serius bab2 keje.ada gak yg expert bab2 education.
oh aku jugak ade kawan baik yg berstatus mak2, ada juga kawan baik lelaki.
hahaha.

tp apa yg penting sini.
kalaupun ada sejuta kawan,tp u never know how to treat your friend well, baik takyah ada kawan.
pi lah dok dlm gua sorg2 kalau prangai selfish,sombong,kuangjaq dsbgnya lah.
ada gak dikalangan kawan2 ni, sangat berkira.cthnya, si A xpegi kenduri si b, so bila si A kawin, si B pun xnak pegi.kira macam balas balik.
yg tu paling common lah berlaku.pelik.padahal sblm tu bukan main baik lagi.
belum lagi jenis kawan yg tikam dari belakang.yg ni mmg lagi menyakitkan.kalau ada,elakkan lah.

kesimpualannya di sini.layan lah kawan2 anda walau siapa pun dia dengan baik.
apatah lg yg penah berbuat baik dengan kita.
kita ni hidup umpama roda.bila kita berada di bawah, xmustahil kita akan perlukan bantuan kawan2 kita.
masa tu belum tentu lg kawan yg baik je yg boleh tolong kita.boleh jadi kawan yg biasa2 je tu yg akan tolong kita.
bersyukur lah kita bila ada ramai yg sudi berkawan dengan kita.jangan memilih org tertentu je kita nak berkawan.(tp kalo yg perangai mmg xsenonoh n memudaratkan,xyah lah.elakkan k!)
jagalah hati kawan2 kita, jgn bersikap xbaik ngn kawan2
sayangilah kawan2 kita walau siapa pun dia.
berkawan biarlah beribu2-berjuta2.tp musuh biarlah ada sorg ataupun lebih baik jgn ada lgsg.

lastly, aku sayang semua kawan2 aku.

lots of love,



Tuesday

cuti yang asyik!

holla.
sangat best kan dpt cuti bila saat2 keje yang sgt penat,kelam kabut serabut dan macam-macam lagi,
rasa nikmat sgt.berehat2 di rumah.tido sesuka ati.
lega dpt lepas smua beban tu walau sekejap.
tak tahu nape,tahun ni time keje kt skolah trasa sgt hectic.byk sgt keje menanti.xmenang tgn.
dengan segala dasar baru yg mcm2 lah.penat.

sayangnya,cuti yg besh ni terasa sekejap je.esk dah last day cuti,pastu kembali btugas.next holiday will be in march.pergh lambat lg rasanya.
krna keje yg byk menimbun juga aku rs xsempat n mls utk update blog ni.sbnarnya slalu je terlintas benda2 yg ingin dikongsi di sini..tp bila dah bergelumang dengan work loads, smuanya berlalu begitu saja.

okok,enough about that.
so this will be the first entry for this month.haha.last month cma 2 posts.wawawa.
bizi sgt lah ai.hihi.sorry!

for this time,i just enjoy myself di skolah.
of coz dgn ank2 murid istimewa aku tu.hehe.
kalo serius jek pk sgala macam keje tu,haih,boleh jd mengong la.
penat mcm tu je,tp enjoy xde.
syukur Allah bg aku keje dgn anak2 istimewa mcm ni.mmg menghiburkan hati.jadi waktu keje pun rasa smooth je,cpt je.tp sbnarnya keje masih menimbun.hehe.
tanggungjawab masih tanggungjawab.
tp bgmana nak selesaikan tanggungjwb tu,terpulang kan.
setiap org ada cara tersendiri.janji semuanya xlanggar pape praturan kan.enjoy,skit2 kena ada la.

tipu kalau ckp keje ni xpnh ada yg ganggu emosi.dh tentu ada.keje melibatkn sesama manusia mmg byk kacau emosi jugak.kalo tak sedih mungkin bengang,kecik ati ke,terasa ke, mcm2 lah.
tp mcm tu lah kalau keje dgn sesama manusia.kalo keje ngn mesin, pun mesti ada gngguan emosi punya-yela,kalo mesin tu tetiba rosak ke,jammed ke.sure la bengang kan.haha.

tp,mcm aku,aku mmg malas nak layan benda2 emosi ni lama2
xnak beban otak jiwa dan raga hal2 emosi ni.
tension.tp kdg2 xleh lari jugak.
sesama rakan sekerja ni,dalam setahun kerja mest ada mcm2 kes punya,
tak pun dgn bos.haih,benci kan kalo dpt bos yg mcm tah pape je.sabo je lah.

oklah,nak cite psl keje sampai sudah xabes.
esk ada appointment ngn dentist.xpk lagi nak pakai kaler ape tuk braces kali ni.
lusa dah stat skolah.keje masih tak berusik.pemalas betul.haha.
esok akn mula buat.chaiyok2.haha.
goodbye,



lots of love,

takdir.

Assalamualaikum,
dah 11.59pm and aku masih gigih rasa nak berblog plak.mata masih segar bugar gara-gara tidoq ptg td kejap.hihi.
sbnarnya arini tsgt lah letih kt skolah.mcm2 benda kna buat,sampai tak menang tgn.sudahnya xsiap pun.
mujurlah tugas sbg mak angkat pd lil gurl hani batrisya scr rasminya dh tamat.so kembali bujang spt sediakala lah eh.

malam2 yg best ni,susah pulak nak tido.pdhal kalau tido ni,sejuk2 aircon mimpi pun besh.mimpi?
oh tringt mimpi ular tu.aishh ngeri pulak bila mimpi ular.kata org kalau mimpi ular tandanya ada org nak msk meminang?hihi.ntahla.aku berserah pd Allah jodoh aku.
dlm pada aku masih tercari2 lagi siapakah 'en suami' aku...wawawa, 

recently,byk aku dgr teman2 & org yg berhampiran aku ni bermasalah dlm rumahtangga.
aku xpnh lg mngalami, tp kalau aku dlu tunang curang dgn org lain pun saket gile okeh,apetah lg suami.
kenapa ek,kenapa,kenapa!!??
nape dia wat isteri dia camtu?nape isteri ko marah2 ko?
haih,pelik jugak,sedangkan nak kawin ni bukan lah perkara yang mudah.knapa bila dah terbinanya 'masjid' yg penuh berkat tu,mudah2 aje lupa diri, menyakitkan hati psgan dgn curang lah,menipu lah, last2 cerai.seriously aku sedih bila dgr hal2 seumpama ni.sedangkan aku nak menuju ke arah tu pun, sesak gak napas ni oiii menempuh pelbagai jenis ragam org.
Sepanjang aku selalu jadi pengapit kwn2 tersyg aku..saat akad nikah lah yg amat menyentuh emosi aku.siyes!!khutbah nikah sgt2 mnyedarkan aku kawin ni bukan lah hal main2 tuk sonok2 je.bila saat ijab & qabul dlafazkan,sah aje, maknanya dah terletak pada bahu psgan tersebut tanggungjwb yg besar sesama mereka, dimana itu juga boleh dijdkn tiket menuju ke syurga kalau dilaksanakn dgn baik.cheewahh.mcm ostajah pilihan pulak ni.hihi.
ditujukan kpd smua bakal2 suami diluar.


ok,satu lagi.bacaan takliq.kalau dgr betul2, awl2 lg dah diberitahu betapa pentingnya tanggungjwb suami isteri ni sesama mereka,sekiranya gagal,dh jatuh talak.makna nya suami xleh wat sesuka ati kat isteri,begitu jugak isteri.tp kenapa lah ada juga yg berlaku eh.yg mnyedihkan dikalangan kwn2 sendiri.haih,sedih sgt.ms nak,beria3 sungguh,pilih yg bukan main lagi..nak yg kalo blh perfect semua nya smpai terlupa cermin diri sendiri dulu.bila dah susah pyh dpt,skrg buat mcmni pulak.

okok,semua manusia xperfect.
termasuk lah aku sendiri.
tp kdg2 bila ada yg suka judge luaran more than anything,mmg sgt mnyedihkan.
benda ni sgtlah common berlaku.semua nak yg cantik,hensem,perfect.
lumrah dunia.tp spt ustaz2 slalu ckp,smua tu,dunia semata2.bersifat sementara.Allah nak tarik kecantikkan tu sekejap saja.bila2 masa pun boleh.pilih yg cantik,tiba2 Allah bg jd berkedut2, dah mula nak cari yang lain.ni lah yg biasa berlaku.mcm drama pun ada.xpelah.setiap org ada bahagian masing2.Allah dah janjikan kebahagian kpd setiap umatnya.cuma,aku berdoa jgnlah aku tergolong dlm kisah2 kwn2 aku di atas.cukuplah aku rasa saketnya masa tunang dahulu,harapnya walaupun lambat,bahagia tetap ada tuk aku nnt.oklah.cukup takat ni.

kpd bakal en suami ku yg aku pun masih xtahu sape..
saya harap bila saya dah jadi isteri awk nanti, saya akan jd isteri yg solehah dan taat pd awk.
saya harap saya mampu jadi yang terbaik tuk awk sbb saya akan cuba sehabis baik tuk awk.
saya akan sentiasa bersama awk walau dalam keadaan mcmmana sekalipun.
saya harap awk akn dapat bimbing saya di ats segala kekurangan yg ada pd saya.
lastly, saya harap saya jumpa awk cepat sbb saya dah 28thn ni...hehehe.aminn.

12.40am
time to sleep.
lots of love,

Wednesday

the very first day.

assalamualaikum,

so,finally...hari start keje blk setelah sebulan lebih cutiii.
sekejap je rasanya.tau2 je dah abeh cuti.hihi.


spt tahun2 sudah, hari pertama sekolah mmg sgt2 lah excited skit.
excited nak jumpa member2, nak jumpa bdak2 & mcm2 lg la.
tp first day mcm ni, jalan tsgt lah jammed sbb parents smua pulun nak anto anak2 g skolah esspecially anak2 yg baru masuk tahun 1 & pra sekolah.
kat pagar sekolah pun jammed.
tensi skit, sbb dok pk nak cri parking n punch card!hehe

so this morning, sesi psekolahan start dgn perhimpunan kokorikulum.
parents pun ramai je yg join perhimpunan.
meriah plak.

tema hari ni pinky ala2 puteri umno.hihi

bagi anak2 khas aku, diorg tersgt lah excited sbb masuk klas baru.
tahun ni aku susun kelas supaya diorg xkan duduk di kelas yg sama mcm thn sblm ni.
kira bg diorg rasa tukar suasana skit laa.
kalo stiap thun klas yg sama, bosan weyy!
mmg diorg pun kecoh gile sbb jumpa sesama member.
tuk minggu ni yg cuma ada 3 hari, kami just buat orientasi ringkas aja.
lpas perhimpunan, ada ujian diagnostik math tuk smua.
slesai ujian, ada 'road tour' jalan2 mengenal kawasan sekolah...excited betul diorg ni dpt jalan keliling skolah.
last skali sblm blk ada sesi ice breaking yg simple.saje je nak warm up blk mood diorg ni.


muka2 excited jalan2 pusing satu skolah.
sebelum jalan2 dketuai oleh k.nab

oh, btw thn ni aku kna ajar subjek bm, kh, english & PJ.
total 25 waktu..kira ok la kan.tp ada kena handle inklusif lg tu.so xlaa rileks sgt.hehe
tahun lepas lg byk 29 waktu.tambah inklusif jadi 34 waktu tau.penat gile.

the timetable.


buat masa ni, xde lagi isu panas timbul mcm thn sblm2 ni.
tp mesti ada punyaaa..tunggguuuuu.hahaha.
oklah, nak sambung wat keje skolah.



lenkali pulak ye....

lots of love,

Thursday

goodbye my dear 2011!

in few days more, kita akan masuk ke tahun yang baru, tahun 2012.
every year, aku sgt lah excited bila masuk tahun baru.
macam2 azam baru lah konon.
so, this coming 2012, dah tentu ada azam baru nya.hihi

alhamdulillah, azam tahun 2011 byk yg tercapai.
ada 3 azam je yg masih tak tercapai.
hehehe.xpe2,akan di teruskan usaha di tahun 2012.

lagi 6 hari akan stat sekolah...
waaa excited ni..
xsabar nak jumpa budak2
rindu kat syafiqah dll.
kelas pun dah siap.ni pun just siapkan segala carta kelas.
tp printer plak sangkut.mencik!
sbnarnya xde mood sgt nak cite pape kat sini.nnt lah esok2 plak
bye.

lots of love,

Monday

tigahariduamalam

salam..
dah byk hari terniat nak ber'new post' tp terbantut sbb bz skit dgn aktiviti lain.
mood pun mcm dok 'swinging' je,haiihh!
penat drive holiday ke utara weekend minggu lpas pun msh trasa.

oh last-last weekend,(9th-11th dec)
aku g jln2 ke utara.alone-mcm biasa lah,bujang.
3 hari 2 malam jugak lah haii
sbnarnya bukan nak holiday sgt, kebetulan nak pegi kenduri kwn baik tersyg - fatimah, di bukit kayu itam, tu yg boleh terjalan2 ke tempat lain.
(umah - penang-bkt kayu itam-jitra-aloqstaq-kokdiang-umah)

1st destination,Penang! singgah penang sbnrnya saje nak g pesta penang je pun d smping jumpa kwn masa keja exec kt Agilent dlu- Leylla.dia pun tgh pregnant.lama xjumpa,tu yg tumpang dok umh dia je 1 mlm. well,mlm tu jln2 pesta.mmg best,happening sgt.thn ni lagi meriah than b4 cuma nak shopping tu xbrape ade mood.haha.pelik kan.pdhal byk je benda yg best2.hihi.

so,the next day morning, bertolak la ke bukit kayu itam.kena sampai awl sbb kna makeup kan pengantin, ngn adik nya.2 pengantin tuuuu.mmg penat gile.takde la terer makeup ni,tp dh pun dia n adiknya berkenan masa aku makeup kan dia masa nikah september dulu,aku accept pun atas dasar kawan.no charges pun.hihi.make up ala kadar je sbb hasben2 diorg xmau wifey diorg ni disolek tebal2, so i follow jek.
with tim n her lil sister.

the worst thing happen, masa otw ke bkt kayu itam tu, kat highway lagi ni..tetiba tgh jalan ada ops roadblock besaran gileee punya weyyy.haih.aku dah laa tertinggal ic kt umh.kiranya ber'holiday' tnpa status kewarganegaraan yg jelas.haih,mmg seram-kecut perut jantung hati bagai lah.mmg dah control sopan drive.tp time tu risauu sgt...tgk byk sgt kete kena tahan.tppp alhamdulillah, aku terlepas.hihi.

the next day, suppose nak blk ke perak dah.xtahu nak kemana dah.ingt nak singgah maktab amik sijil keselamatan pastu nak blk..tp ada permintaan dr kwn baik zaman gila2 remaja di maktab minta follow rombongan dia nak meminang (bertunang) ngn org kedah.so, postpone laa jap,singgah jitra pastu trus ke aloq staq jumpa cik abe ni.lpas zohor bertolak laa rombongan meminang nya.seyes bestt masuk kg budak pompuan ni, sbb keliling semua sawah padi,kira kete gerak tgh2 sawah padi.memang channtikkk sgt view dia.dah macam dlm scene ombak rindu plak.
sgt2 suka dgn pmandangan kt sini.
ni la dia encik kwn baik study-meronggeng-karok-merepek-merapu sy di ipda(aziehan) 
pilihan hati aziehan-riyani.comel sgt.
so,akhirnya kawan aku ni yg mcm playboy skit dah jumpa pilihan hati yg betul2 siyes laa..dh tunang nak memain lg mmg kena ngn aku.tp syukur la kan.aku happy gile tuk dia.hihi.tunggu majlis akad march ni je nnt.


okeh la,dah xde ape nk story.
lepas ni pk nak jalan mana pulak.tp xtau la sempat ke sbb terpk byk lg keje xsetel.
tersgtlah malas nak wat keje pape sblm stat sekolah blk yg pastinya lg laa byk keje.
stop kt sini dlu. :)

lots of love,

Thursday

wake me up when december ends~

waaaa....
kalo nak tunggu december abeh baru nk bgn mmg melampau!
mcm syafiqah slalu ckp " melampau kakak baby ni!" rindunya kat syafiqah.xsabar nak tunggu bukak skolahh...nak peluk2 syafiqah,usik2 dia.rinduuu!!
aku xmo citer yg xbest blaku sejak 2 menjak ni.sbbbb ianya sgt mnyakitkan.
aku dah berjanji mulai lepas ni aku nakkkk happpyyyy jeee.
biar laaa apa pun yg berlaku,malas nak kenang lama2.

tak lama je lagii nak masuk tahun 2012.
sbnarnyaaaa thn 2011 ni tahun yg byk menggembirakan aku berbanding  thn 2010. wpun ada jugak yg mencabar mental dan emosi.tp Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha & doa, byk perkara yg berjaya dikecapi.

awl tahun 2011 aku mula dgn praktikum slama 3bln.mmg sgt terseksa slama 3 bln esspecially aku kna selia dgn Ketua Unit Pend. Khas Maktab Ipoh.dhla bkn maktab sniri,xknal pun pnsyarah tu, ketua unit plak tu....3 bulan jd aku mcm zombie.tido tak cukup weyyyy.pegi skolah berdebor2 sbb risau pensyarah dtg observe.akhirnya berkat usaha,doa, pertolongan mak abh & rkn2 aku berjaya sampai di calonkan sbg calon rentasan cemerlang praktikum di mana 2 pegawai lain dtg di akhir minggu praktikum, observe P&P utk pengesahan.(yg ni lagi ketaqqqqqqqq gile.) tp alhamdulillah,bila smua berjln lancar,terasa berbaloi sgala usaha.

lpas raya aritu, result exam maktab akhirnya kluar.sgt2 berdebar tunggu result ni.tido mlm pun termimpi2.hihi.exam bln june aritu mmg sgt2 mencabar.seminggu sblm exam aku kna demam panas gile (suhu cecah 39.5 drjah! menggigil-gigil ats katil.). mcmna nak study dgn demam2 mcmtu.tp Alhamdulillah,berkat doa diri sniri & mak ayh, Allah bg kekuatan tuk study gak n dpermudahkan utk mejawab soalan exam.
Alhamdulillah, result 3.79,cemerlang keseluruhan.Syukur sgt2,dan bila dpt result tu..., mmg la tersgtlah happy.Semua ni utk mak & abah.Alhamdulillah,rs terbayar segala kepenatan berulang Jitra - Mnjung (5jam okeh.kebas b**t*t wey!!), sgala pbelanjaan, pngorbanan blaja di waktu cuti yg mmg sgt mcabar, dgn sgala kisah tak best yg pnh berlaku pd aku & juga kata2 nista yg pernah dilemparkan pd aku.Alhamdulillah,aku syukur dgn rezeki Allah.

2 minggu lpas exam maktab kna interbiu SPP.agak lucu interbiu tu sbb mmg xsempat nk prepare baca ape pun,kat skolah bz ngn aktiviti nak sukan,pastu ape lagi,jawab pun hentam je.tp Alhamdulillah,lulus. lpas interbiu SPP kna pg KISSM plak di maktab.Alhamdulillah.

akhir skali, isnin pertama cuti sekolah, kerani pejabat call suruh datang amik surat.ingtkan surat apa.rupanya surat SAH JAWATAN.Alhamdulillah.syukur sgt2.sgalanya berlaku dlm setahun ni.terima kasih Ya Allah atas rezeki mu.aku xnak crita yg sedih2, yg xbest berlaku (of coz la ada jugak berlaku kan) yg lpas biar kan lah, dgn harapan di masa hadapan akan berlaku yg lebih baik.

aku percaya,setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Allah dah tetapkan yang terbaik utk setiap hambaNya.setiap perkara yg tak best berlaku pd kita tu smuanya ujian,dugaan utk kita.kadang2 aku sniri rasa aku xkuat pun nak hadapi smua tu wpun dh pnh smpai ke thp lembik mcm mayat hidup, tp Allah dh tetapkan ujian yg setimpal dgn kemampuan kita.Malah stiap ujian yg berlaku buatkn aku lebih kuat tuk hadapi ujian yg mendatang.Alhamdulillah. 
Namun, jauh di sudut hati, aku sentiasa berdoa supaya satu hari nanti Allah temukan seseorang yang boleh beri kbhagian kepada aku.aminnn.


"kadang-kadang, Allah sembunyikan sekejap matahari lalu Dia berikan kita guruh dan kilat,
puas kita menunggu dan menangis mencari-cari di manakah matahari,
tapi rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah"


lots of love,

Wednesday

its enough.


yeah, the best revenge.
kalau ikut nak balas dendam nak je aku campak dia dlm kandang harimau.
last saturday, jumpa fmly dia n tak sangka dia pun ada.
after almost 2 years, baru aku nampak muka dia blk.
tipula kalau ckp xsedih kan.dh tentu sedih.tambah dgn kata2 org lain.damn!
1st nmpak dia, reminds me of everything!
7thn aku dgn dia drpd dia xde ape smpai la dia dh keje hebat. 
mcmna dia pnh mrayu btul2 nak kawin dgn aku.
mcmna akhirnya kau buang aku mcmtu je & bsama prmpuan lain bila tnggal bape bln je nk kawin.
dia lgsg tak jumpa aku pun bila dia ckp putus hnya dlm fon.

so bila dia ada dpn mata lpas smua apa yg dia dh buat pd aku, knapa nak expect aku senyum, sembang mcm dlu?no way.mmg aku dh lain.smua sbb kau shahrulnizam.!    kebenaran hnya aku kau n Allah je yg tahu.
dia buat la aku mcmna pun pda aku..aku xnangis setitik pun dpn dia n fmly dia, tahan sehabis boleh.aku xnak diorg tahu aku pnh tseksa sedih yg hampir2 buatkn aku jd mcm mayat hidup.(tu lah yg kwn2 skolah ckp keadaan aku ms tu).
tp skrg smuanya dh over.prasaan aku pd dia - nothing & im happy with that.
kalau boleh aku xmau ingt dh smua psl dia lps ni.its over!



smua yg brlaku buatkan aku lebih tabah skrg.wpun terseksa,smua ni mberi aku pngajaran tuk aku dan mngkin ada hikmahnya.aku redha...aku syukur dgn apa yg Allah dah bg pada aku, Alhamdulillah,Allah bg aku kekuatan utk teruskan hidup aku,kekuatan tuk buat kerja aku & juga murahkn rezeki aku.
aku tahu byk org yg kata aku mcm2 dgn apa yg berlaku.aku redha dgn smuanya.aku tahu Allah akan bg aku kbahagian satu hari nant.aminnn. :)

lots of love,

Tuesday

teacher ade gigi robocop lah!!

hahahaha...
tulaa antara title yg aku dr murid istimewa aku,farhan.
aku xkecik ati pun..cuma kelaka bila dia ckp aku ada gigi robocop.

jgn laaa pikir aku mcm robocop plakkkk..hihi
sbnarnya gigi robocop yg farhan dok kata kat aku tu sbb aku pakai braces skrg ni..
hihihi..yeah, dh dua bulan lbh aku dh jd robocop  pakai braces ni.
smua tauu kan braces tu yg besi2 yg pasang kat gigi tu kan.slalu org ingat jongang aje yg kna pakai braces. hey hey,aku bukan jongang ye. cuma masalah susunan gigi yang xtersusun sbb rahang kecik.hihihi.
senang cite, cuba bygkan tempat parking yg kecik tp kete yg nak parking plak byk n bukan kete2 kancil okeh,tp kbykkannya kete BMW, honda, mercedes.hahaha.so, dh tentula parking tu mcm crowded je n kete pun parking xikut formation yg betul.
okeh,smbng psl gigi...,so mcm tu laa jugak gigi aku.
dh lama dh mak suh pakai braces. tp kos braces ni sgt laaaa mahal.leh wat d/pymnt kete MyviLagiBest tu.so aku xmau susahkan mak n aku nak tnggung sniri je sbb gigi aku kannn.jd bila dh keje ni, baru decide tuk ber'braces ni.
b4 psg pagar ruyung besi yg mahal ni , mcm2 steps kna buat. memula doktor check dlu keadaan gigi then dia advise ttg treatment braces,lngkh2 & kos.pastu barulahh xray gigi n buat acuan bentuk gigi.the last step sblum psg pagar ruyung ni adlh yg plg ngeri skali iaitu cabut gigi!!!
believe me, ai kna cabut 4btg gigi tauuu! 2graham tepi gigi siung kiri & kanan. alhamdulillah, wpun tsgtlah ngeri sampai mnggeletar-kecut perut-tgn sejuk gigil2 bagai, cabut gigi tu xsakit punnnnn sbnrnya..haha..gimik je lebih!!tau2 je dah xde gigi,hihi.yg sakit cuma masa doktor tu cucuk ubat bius.rs nk mngalir air mata ai tauuuu!
selang seminggu lpas cabut gigi, baru la psg besi pagar ruyung ni, xsakit lgsg,tau2 je dh siap xsmpai 20minit.hehe.pastuuuu....tadaaaaaaaa~
gigi ai skrg berbesi pagar ruyung mcm dlm gmbr ni lah.kaler braces pun dh tentu lah pink.

5 hari lpas psg braces, aku xleh mkn pape sbb rs sengal2, nyilu n sakit skit kalo terkena pape yg keras.so aku just minum milo n roti yg dah di celup air, bubur yg lembik gile n sup2 je.konsep makan snang aje,cendok, suap telan!
tp kjap jeee...lpas tu, dh blh mkn mcm biasa tp ada certain2 food yg still xleh spt daging yg keras/liat. apa2 yg terlalu crunchy, buah2 yg keras mcm epal.makan just guna graham blkg.never ever guna gigi depan sbb sakittt weyyy.sampai skrg sakit mcm sengal2 nyilu lg kalo tersentuh.

satu je yg aku tensiii sgt ngn pagar ruyung ai ni. stiap kali makan, xkira la mkn ape pun even nasi sesuap je..sudah pasti akn tersangkut/tselit celah2 besi pagar ai ni.haaihh,tensi. xselesa nk mkn, so kdg2 mls plak nak makan mcm2. lpas mkn je aku mesti kna wajib gosok gigi.kalau kat luar aku mesti kna g tndas bersihkan gigi gna interdental brush yg comel lote yg sntiasa ada dlm handbag aku.pemakai braces kna rajin bersihkn gigi esspecially lpas mkn sbb takut kena jngkitan pd gusi.so, aku sgt disiplin skrg ttg gigi ni.pdhal dlu xpnh kisah puunnnn.hehehehe :p

syokk sbnrnya pkai braces ni...sbb ramai yg tertarik dgn pagar ruyung yg berwarna kat gigi ai ni,hihi
lg satu bentuk muka akan berubah skit. siyesss!! rmai dh tegur ai tauu!
yg plg best, ank2 murid istimewa ai sgt2 lah tertarik dgn gigi ai ni.ada cikgu lain yg reka kisah dongeng besi pd gigi ni utk gigit sape2 yg degil,nakal n bising dalam kelas.menjadi tau kisah dongeng tu, aku masuk klas je trus senyap.waaaaa mcm cikgu disiplin yg garang gile plak.
ada jugak ank murid aku yg imaginasi tinggi (bdak autisme) panggil aku teacher robocop..pastu siap suh aku tunjuk pistol robocop.haha.bilee pulak aku ada pistol ni.mana nak cri pistol tuk tunjuk kt dia sbb dia berkeras gak nak tgk pistol robocop.haih sabo je ai.

enough about the story.

ok,till then.bye.muaaahhh3

lots of love,

Thursday

to be a teacher wasn't really my ambition but.............. now, I AM A TEACHER!

yup, bukan cita-cita aku nak jadi cikgu.
percayalah!
dulu masa kat skolah,aku tersgt laaa nakal okeh.
blaja main2, dlm klas cikgu ajar kt dpn aku mnyembng kt blkg,aku pnh ponteng skolah (siap sorok bwh katil asrama sbb xmau g skolah),n seriously, aku n kwn2 slaluuuu kna denda ngn cikgu.hihi.

ok,btw aku anak cikgu.both my parents are teacher (tp xpnh blaja di skolah diorg). and still xpnh aku bercita2 nak jd cikgu punnnn.hahaha.
cita2 dlu nak jd pembaca berita/wartawan/dj radio..tp, papepun rezeki msg2 Allah dah tetapkan. lpas kluar U, mmg susah gile cari keje. Kt U amik kos Industrial Technology.suppose job executive @ researcher kat R&D mana2 lah.
so, susah gile cari keje.ntah cane dpt GSTT kt png.sbb pk kan kna keje,so trima je lah.
tak lama lpas tu dpt offer cikgu pendidikan khas.
at first i was like wondering...Pendidikan KHas?ajar bdak cacat?
dsbbkn a few reasons, trima gak la dgn redha wpun masih blur dgn bidang ni.

sgt byk konflik at first tapiii syukur alhamdulillah sgt2 Allah berikan aku rezeki di bidang ni.really fits me well.mmg best n seronok.cuma berharap someone out there blh trima aku yg bkerja sbg Cikgu bdak2 istimewa.

xtahu knapa ada yg xleh trima aku ngaja anak2 istimewa.
sdgkan jd cikgu anak2 mcm ni la yg byk bg aku pngajaran tuk lebih hargai hidup & yg plg penting aku sgt2 happy jd cikgu diorg.
xpelah, bukan smua org boleh terima & fhm tp berhrp akn ada yg memahami.

the best part is... cikgu sek ren aku dluu skrg dh jd rakan sekerja aku..
hihi.actually,dia cikgu muzik aku ms darjah 5&6.tau2 je jumpa kat bilik guru and guess what, dia sgt bangga bila aku jd cikgu mcm dia jgk.
besides that, makcik2 pakcik2 kwn mak abah slalu ckp..... 'uiiihhh baguihhnyaa, ikut mak abh dia jd cikguuu' hehehehe
im so happy ok.at least mak abh sure sronok n bngga sbb ank sulung diorg ni ikut jejak lngkah diorg jd cikgu.hehehe

yg penting skrg, aku mmg seorg cikgu.
yeahh who knows, aku yg nakal gile kt skolah dlu, skrg jadi cikgu.
so for 30years++ from now onwards, i am a teacher. InsyaAllah. :)


lots of love,

Monday

my first new start

Salam.

waaaaaaaa, dh 17 bulan aku tinggalkan blog niii
siannyeee..
ok xpe, hari ni nak try stat blk cumaaaaaa,
smua post yg lama aku dah delete...
xmau tgk n simpannn dh.

aku nak mulakan hidup baru.
17 bulan aku amik masa tuk recover mcm ni wpun msh xspenuhnya.
haih,susah sbnarnya,tp kna gakkkk.

oklaaa...sbnarnyaaa skrg aku tersgtlah bz dgn aktiviti skolah...
harap2 boleh maintain blogging mcm dulu..
or else akan berhabuk lg laaaaa kat sini..hihi

so,till then.
bye.

lots of love,