Tuesday

takdir.

Assalamualaikum,
dah 11.59pm and aku masih gigih rasa nak berblog plak.mata masih segar bugar gara-gara tidoq ptg td kejap.hihi.
sbnarnya arini tsgt lah letih kt skolah.mcm2 benda kna buat,sampai tak menang tgn.sudahnya xsiap pun.
mujurlah tugas sbg mak angkat pd lil gurl hani batrisya scr rasminya dh tamat.so kembali bujang spt sediakala lah eh.

malam2 yg best ni,susah pulak nak tido.pdhal kalau tido ni,sejuk2 aircon mimpi pun besh.mimpi?
oh tringt mimpi ular tu.aishh ngeri pulak bila mimpi ular.kata org kalau mimpi ular tandanya ada org nak msk meminang?hihi.ntahla.aku berserah pd Allah jodoh aku.
dlm pada aku masih tercari2 lagi siapakah 'en suami' aku...wawawa, 

recently,byk aku dgr teman2 & org yg berhampiran aku ni bermasalah dlm rumahtangga.
aku xpnh lg mngalami, tp kalau aku dlu tunang curang dgn org lain pun saket gile okeh,apetah lg suami.
kenapa ek,kenapa,kenapa!!??
nape dia wat isteri dia camtu?nape isteri ko marah2 ko?
haih,pelik jugak,sedangkan nak kawin ni bukan lah perkara yang mudah.knapa bila dah terbinanya 'masjid' yg penuh berkat tu,mudah2 aje lupa diri, menyakitkan hati psgan dgn curang lah,menipu lah, last2 cerai.seriously aku sedih bila dgr hal2 seumpama ni.sedangkan aku nak menuju ke arah tu pun, sesak gak napas ni oiii menempuh pelbagai jenis ragam org.
Sepanjang aku selalu jadi pengapit kwn2 tersyg aku..saat akad nikah lah yg amat menyentuh emosi aku.siyes!!khutbah nikah sgt2 mnyedarkan aku kawin ni bukan lah hal main2 tuk sonok2 je.bila saat ijab & qabul dlafazkan,sah aje, maknanya dah terletak pada bahu psgan tersebut tanggungjwb yg besar sesama mereka, dimana itu juga boleh dijdkn tiket menuju ke syurga kalau dilaksanakn dgn baik.cheewahh.mcm ostajah pilihan pulak ni.hihi.
ditujukan kpd smua bakal2 suami diluar.


ok,satu lagi.bacaan takliq.kalau dgr betul2, awl2 lg dah diberitahu betapa pentingnya tanggungjwb suami isteri ni sesama mereka,sekiranya gagal,dh jatuh talak.makna nya suami xleh wat sesuka ati kat isteri,begitu jugak isteri.tp kenapa lah ada juga yg berlaku eh.yg mnyedihkan dikalangan kwn2 sendiri.haih,sedih sgt.ms nak,beria3 sungguh,pilih yg bukan main lagi..nak yg kalo blh perfect semua nya smpai terlupa cermin diri sendiri dulu.bila dah susah pyh dpt,skrg buat mcmni pulak.

okok,semua manusia xperfect.
termasuk lah aku sendiri.
tp kdg2 bila ada yg suka judge luaran more than anything,mmg sgt mnyedihkan.
benda ni sgtlah common berlaku.semua nak yg cantik,hensem,perfect.
lumrah dunia.tp spt ustaz2 slalu ckp,smua tu,dunia semata2.bersifat sementara.Allah nak tarik kecantikkan tu sekejap saja.bila2 masa pun boleh.pilih yg cantik,tiba2 Allah bg jd berkedut2, dah mula nak cari yang lain.ni lah yg biasa berlaku.mcm drama pun ada.xpelah.setiap org ada bahagian masing2.Allah dah janjikan kebahagian kpd setiap umatnya.cuma,aku berdoa jgnlah aku tergolong dlm kisah2 kwn2 aku di atas.cukuplah aku rasa saketnya masa tunang dahulu,harapnya walaupun lambat,bahagia tetap ada tuk aku nnt.oklah.cukup takat ni.

kpd bakal en suami ku yg aku pun masih xtahu sape..
saya harap bila saya dah jadi isteri awk nanti, saya akan jd isteri yg solehah dan taat pd awk.
saya harap saya mampu jadi yang terbaik tuk awk sbb saya akan cuba sehabis baik tuk awk.
saya akan sentiasa bersama awk walau dalam keadaan mcmmana sekalipun.
saya harap awk akn dapat bimbing saya di ats segala kekurangan yg ada pd saya.
lastly, saya harap saya jumpa awk cepat sbb saya dah 28thn ni...hehehe.aminn.

12.40am
time to sleep.
lots of love,

Wednesday

the very first day.

assalamualaikum,

so,finally...hari start keje blk setelah sebulan lebih cutiii.
sekejap je rasanya.tau2 je dah abeh cuti.hihi.


spt tahun2 sudah, hari pertama sekolah mmg sgt2 lah excited skit.
excited nak jumpa member2, nak jumpa bdak2 & mcm2 lg la.
tp first day mcm ni, jalan tsgt lah jammed sbb parents smua pulun nak anto anak2 g skolah esspecially anak2 yg baru masuk tahun 1 & pra sekolah.
kat pagar sekolah pun jammed.
tensi skit, sbb dok pk nak cri parking n punch card!hehe

so this morning, sesi psekolahan start dgn perhimpunan kokorikulum.
parents pun ramai je yg join perhimpunan.
meriah plak.

tema hari ni pinky ala2 puteri umno.hihi

bagi anak2 khas aku, diorg tersgt lah excited sbb masuk klas baru.
tahun ni aku susun kelas supaya diorg xkan duduk di kelas yg sama mcm thn sblm ni.
kira bg diorg rasa tukar suasana skit laa.
kalo stiap thun klas yg sama, bosan weyy!
mmg diorg pun kecoh gile sbb jumpa sesama member.
tuk minggu ni yg cuma ada 3 hari, kami just buat orientasi ringkas aja.
lpas perhimpunan, ada ujian diagnostik math tuk smua.
slesai ujian, ada 'road tour' jalan2 mengenal kawasan sekolah...excited betul diorg ni dpt jalan keliling skolah.
last skali sblm blk ada sesi ice breaking yg simple.saje je nak warm up blk mood diorg ni.


muka2 excited jalan2 pusing satu skolah.
sebelum jalan2 dketuai oleh k.nab

oh, btw thn ni aku kna ajar subjek bm, kh, english & PJ.
total 25 waktu..kira ok la kan.tp ada kena handle inklusif lg tu.so xlaa rileks sgt.hehe
tahun lepas lg byk 29 waktu.tambah inklusif jadi 34 waktu tau.penat gile.

the timetable.


buat masa ni, xde lagi isu panas timbul mcm thn sblm2 ni.
tp mesti ada punyaaa..tunggguuuuu.hahaha.
oklah, nak sambung wat keje skolah.



lenkali pulak ye....

lots of love,

Thursday

goodbye my dear 2011!

in few days more, kita akan masuk ke tahun yang baru, tahun 2012.
every year, aku sgt lah excited bila masuk tahun baru.
macam2 azam baru lah konon.
so, this coming 2012, dah tentu ada azam baru nya.hihi

alhamdulillah, azam tahun 2011 byk yg tercapai.
ada 3 azam je yg masih tak tercapai.
hehehe.xpe2,akan di teruskan usaha di tahun 2012.

lagi 6 hari akan stat sekolah...
waaa excited ni..
xsabar nak jumpa budak2
rindu kat syafiqah dll.
kelas pun dah siap.ni pun just siapkan segala carta kelas.
tp printer plak sangkut.mencik!
sbnarnya xde mood sgt nak cite pape kat sini.nnt lah esok2 plak
bye.

lots of love,

Monday

tigahariduamalam

salam..
dah byk hari terniat nak ber'new post' tp terbantut sbb bz skit dgn aktiviti lain.
mood pun mcm dok 'swinging' je,haiihh!
penat drive holiday ke utara weekend minggu lpas pun msh trasa.

oh last-last weekend,(9th-11th dec)
aku g jln2 ke utara.alone-mcm biasa lah,bujang.
3 hari 2 malam jugak lah haii
sbnarnya bukan nak holiday sgt, kebetulan nak pegi kenduri kwn baik tersyg - fatimah, di bukit kayu itam, tu yg boleh terjalan2 ke tempat lain.
(umah - penang-bkt kayu itam-jitra-aloqstaq-kokdiang-umah)

1st destination,Penang! singgah penang sbnrnya saje nak g pesta penang je pun d smping jumpa kwn masa keja exec kt Agilent dlu- Leylla.dia pun tgh pregnant.lama xjumpa,tu yg tumpang dok umh dia je 1 mlm. well,mlm tu jln2 pesta.mmg best,happening sgt.thn ni lagi meriah than b4 cuma nak shopping tu xbrape ade mood.haha.pelik kan.pdhal byk je benda yg best2.hihi.

so,the next day morning, bertolak la ke bukit kayu itam.kena sampai awl sbb kna makeup kan pengantin, ngn adik nya.2 pengantin tuuuu.mmg penat gile.takde la terer makeup ni,tp dh pun dia n adiknya berkenan masa aku makeup kan dia masa nikah september dulu,aku accept pun atas dasar kawan.no charges pun.hihi.make up ala kadar je sbb hasben2 diorg xmau wifey diorg ni disolek tebal2, so i follow jek.
with tim n her lil sister.

the worst thing happen, masa otw ke bkt kayu itam tu, kat highway lagi ni..tetiba tgh jalan ada ops roadblock besaran gileee punya weyyy.haih.aku dah laa tertinggal ic kt umh.kiranya ber'holiday' tnpa status kewarganegaraan yg jelas.haih,mmg seram-kecut perut jantung hati bagai lah.mmg dah control sopan drive.tp time tu risauu sgt...tgk byk sgt kete kena tahan.tppp alhamdulillah, aku terlepas.hihi.

the next day, suppose nak blk ke perak dah.xtahu nak kemana dah.ingt nak singgah maktab amik sijil keselamatan pastu nak blk..tp ada permintaan dr kwn baik zaman gila2 remaja di maktab minta follow rombongan dia nak meminang (bertunang) ngn org kedah.so, postpone laa jap,singgah jitra pastu trus ke aloq staq jumpa cik abe ni.lpas zohor bertolak laa rombongan meminang nya.seyes bestt masuk kg budak pompuan ni, sbb keliling semua sawah padi,kira kete gerak tgh2 sawah padi.memang channtikkk sgt view dia.dah macam dlm scene ombak rindu plak.
sgt2 suka dgn pmandangan kt sini.
ni la dia encik kwn baik study-meronggeng-karok-merepek-merapu sy di ipda(aziehan) 
pilihan hati aziehan-riyani.comel sgt.
so,akhirnya kawan aku ni yg mcm playboy skit dah jumpa pilihan hati yg betul2 siyes laa..dh tunang nak memain lg mmg kena ngn aku.tp syukur la kan.aku happy gile tuk dia.hihi.tunggu majlis akad march ni je nnt.


okeh la,dah xde ape nk story.
lepas ni pk nak jalan mana pulak.tp xtau la sempat ke sbb terpk byk lg keje xsetel.
tersgtlah malas nak wat keje pape sblm stat sekolah blk yg pastinya lg laa byk keje.
stop kt sini dlu. :)

lots of love,

Thursday

wake me up when december ends~

waaaa....
kalo nak tunggu december abeh baru nk bgn mmg melampau!
mcm syafiqah slalu ckp " melampau kakak baby ni!" rindunya kat syafiqah.xsabar nak tunggu bukak skolahh...nak peluk2 syafiqah,usik2 dia.rinduuu!!
aku xmo citer yg xbest blaku sejak 2 menjak ni.sbbbb ianya sgt mnyakitkan.
aku dah berjanji mulai lepas ni aku nakkkk happpyyyy jeee.
biar laaa apa pun yg berlaku,malas nak kenang lama2.

tak lama je lagii nak masuk tahun 2012.
sbnarnyaaaa thn 2011 ni tahun yg byk menggembirakan aku berbanding  thn 2010. wpun ada jugak yg mencabar mental dan emosi.tp Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha & doa, byk perkara yg berjaya dikecapi.

awl tahun 2011 aku mula dgn praktikum slama 3bln.mmg sgt terseksa slama 3 bln esspecially aku kna selia dgn Ketua Unit Pend. Khas Maktab Ipoh.dhla bkn maktab sniri,xknal pun pnsyarah tu, ketua unit plak tu....3 bulan jd aku mcm zombie.tido tak cukup weyyyy.pegi skolah berdebor2 sbb risau pensyarah dtg observe.akhirnya berkat usaha,doa, pertolongan mak abh & rkn2 aku berjaya sampai di calonkan sbg calon rentasan cemerlang praktikum di mana 2 pegawai lain dtg di akhir minggu praktikum, observe P&P utk pengesahan.(yg ni lagi ketaqqqqqqqq gile.) tp alhamdulillah,bila smua berjln lancar,terasa berbaloi sgala usaha.

lpas raya aritu, result exam maktab akhirnya kluar.sgt2 berdebar tunggu result ni.tido mlm pun termimpi2.hihi.exam bln june aritu mmg sgt2 mencabar.seminggu sblm exam aku kna demam panas gile (suhu cecah 39.5 drjah! menggigil-gigil ats katil.). mcmna nak study dgn demam2 mcmtu.tp Alhamdulillah,berkat doa diri sniri & mak ayh, Allah bg kekuatan tuk study gak n dpermudahkan utk mejawab soalan exam.
Alhamdulillah, result 3.79,cemerlang keseluruhan.Syukur sgt2,dan bila dpt result tu..., mmg la tersgtlah happy.Semua ni utk mak & abah.Alhamdulillah,rs terbayar segala kepenatan berulang Jitra - Mnjung (5jam okeh.kebas b**t*t wey!!), sgala pbelanjaan, pngorbanan blaja di waktu cuti yg mmg sgt mcabar, dgn sgala kisah tak best yg pnh berlaku pd aku & juga kata2 nista yg pernah dilemparkan pd aku.Alhamdulillah,aku syukur dgn rezeki Allah.

2 minggu lpas exam maktab kna interbiu SPP.agak lucu interbiu tu sbb mmg xsempat nk prepare baca ape pun,kat skolah bz ngn aktiviti nak sukan,pastu ape lagi,jawab pun hentam je.tp Alhamdulillah,lulus. lpas interbiu SPP kna pg KISSM plak di maktab.Alhamdulillah.

akhir skali, isnin pertama cuti sekolah, kerani pejabat call suruh datang amik surat.ingtkan surat apa.rupanya surat SAH JAWATAN.Alhamdulillah.syukur sgt2.sgalanya berlaku dlm setahun ni.terima kasih Ya Allah atas rezeki mu.aku xnak crita yg sedih2, yg xbest berlaku (of coz la ada jugak berlaku kan) yg lpas biar kan lah, dgn harapan di masa hadapan akan berlaku yg lebih baik.

aku percaya,setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Allah dah tetapkan yang terbaik utk setiap hambaNya.setiap perkara yg tak best berlaku pd kita tu smuanya ujian,dugaan utk kita.kadang2 aku sniri rasa aku xkuat pun nak hadapi smua tu wpun dh pnh smpai ke thp lembik mcm mayat hidup, tp Allah dh tetapkan ujian yg setimpal dgn kemampuan kita.Malah stiap ujian yg berlaku buatkn aku lebih kuat tuk hadapi ujian yg mendatang.Alhamdulillah. 
Namun, jauh di sudut hati, aku sentiasa berdoa supaya satu hari nanti Allah temukan seseorang yang boleh beri kbhagian kepada aku.aminnn.


"kadang-kadang, Allah sembunyikan sekejap matahari lalu Dia berikan kita guruh dan kilat,
puas kita menunggu dan menangis mencari-cari di manakah matahari,
tapi rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah"


lots of love,

Wednesday

its enough.


yeah, the best revenge.
kalau ikut nak balas dendam nak je aku campak dia dlm kandang harimau.
last saturday, jumpa fmly dia n tak sangka dia pun ada.
after almost 2 years, baru aku nampak muka dia blk.
tipula kalau ckp xsedih kan.dh tentu sedih.tambah dgn kata2 org lain.damn!
1st nmpak dia, reminds me of everything!
7thn aku dgn dia drpd dia xde ape smpai la dia dh keje hebat. 
mcmna dia pnh mrayu btul2 nak kawin dgn aku.
mcmna akhirnya kau buang aku mcmtu je & bsama prmpuan lain bila tnggal bape bln je nk kawin.
dia lgsg tak jumpa aku pun bila dia ckp putus hnya dlm fon.

so bila dia ada dpn mata lpas smua apa yg dia dh buat pd aku, knapa nak expect aku senyum, sembang mcm dlu?no way.mmg aku dh lain.smua sbb kau shahrulnizam.!    kebenaran hnya aku kau n Allah je yg tahu.
dia buat la aku mcmna pun pda aku..aku xnangis setitik pun dpn dia n fmly dia, tahan sehabis boleh.aku xnak diorg tahu aku pnh tseksa sedih yg hampir2 buatkn aku jd mcm mayat hidup.(tu lah yg kwn2 skolah ckp keadaan aku ms tu).
tp skrg smuanya dh over.prasaan aku pd dia - nothing & im happy with that.
kalau boleh aku xmau ingt dh smua psl dia lps ni.its over!



smua yg brlaku buatkan aku lebih tabah skrg.wpun terseksa,smua ni mberi aku pngajaran tuk aku dan mngkin ada hikmahnya.aku redha...aku syukur dgn apa yg Allah dah bg pada aku, Alhamdulillah,Allah bg aku kekuatan utk teruskan hidup aku,kekuatan tuk buat kerja aku & juga murahkn rezeki aku.
aku tahu byk org yg kata aku mcm2 dgn apa yg berlaku.aku redha dgn smuanya.aku tahu Allah akan bg aku kbahagian satu hari nant.aminnn. :)

lots of love,

Tuesday

teacher ade gigi robocop lah!!

hahahaha...
tulaa antara title yg aku dr murid istimewa aku,farhan.
aku xkecik ati pun..cuma kelaka bila dia ckp aku ada gigi robocop.

jgn laaa pikir aku mcm robocop plakkkk..hihi
sbnarnya gigi robocop yg farhan dok kata kat aku tu sbb aku pakai braces skrg ni..
hihihi..yeah, dh dua bulan lbh aku dh jd robocop  pakai braces ni.
smua tauu kan braces tu yg besi2 yg pasang kat gigi tu kan.slalu org ingat jongang aje yg kna pakai braces. hey hey,aku bukan jongang ye. cuma masalah susunan gigi yang xtersusun sbb rahang kecik.hihihi.
senang cite, cuba bygkan tempat parking yg kecik tp kete yg nak parking plak byk n bukan kete2 kancil okeh,tp kbykkannya kete BMW, honda, mercedes.hahaha.so, dh tentula parking tu mcm crowded je n kete pun parking xikut formation yg betul.
okeh,smbng psl gigi...,so mcm tu laa jugak gigi aku.
dh lama dh mak suh pakai braces. tp kos braces ni sgt laaaa mahal.leh wat d/pymnt kete MyviLagiBest tu.so aku xmau susahkan mak n aku nak tnggung sniri je sbb gigi aku kannn.jd bila dh keje ni, baru decide tuk ber'braces ni.
b4 psg pagar ruyung besi yg mahal ni , mcm2 steps kna buat. memula doktor check dlu keadaan gigi then dia advise ttg treatment braces,lngkh2 & kos.pastu barulahh xray gigi n buat acuan bentuk gigi.the last step sblum psg pagar ruyung ni adlh yg plg ngeri skali iaitu cabut gigi!!!
believe me, ai kna cabut 4btg gigi tauuu! 2graham tepi gigi siung kiri & kanan. alhamdulillah, wpun tsgtlah ngeri sampai mnggeletar-kecut perut-tgn sejuk gigil2 bagai, cabut gigi tu xsakit punnnnn sbnrnya..haha..gimik je lebih!!tau2 je dah xde gigi,hihi.yg sakit cuma masa doktor tu cucuk ubat bius.rs nk mngalir air mata ai tauuuu!
selang seminggu lpas cabut gigi, baru la psg besi pagar ruyung ni, xsakit lgsg,tau2 je dh siap xsmpai 20minit.hehe.pastuuuu....tadaaaaaaaa~
gigi ai skrg berbesi pagar ruyung mcm dlm gmbr ni lah.kaler braces pun dh tentu lah pink.

5 hari lpas psg braces, aku xleh mkn pape sbb rs sengal2, nyilu n sakit skit kalo terkena pape yg keras.so aku just minum milo n roti yg dah di celup air, bubur yg lembik gile n sup2 je.konsep makan snang aje,cendok, suap telan!
tp kjap jeee...lpas tu, dh blh mkn mcm biasa tp ada certain2 food yg still xleh spt daging yg keras/liat. apa2 yg terlalu crunchy, buah2 yg keras mcm epal.makan just guna graham blkg.never ever guna gigi depan sbb sakittt weyyy.sampai skrg sakit mcm sengal2 nyilu lg kalo tersentuh.

satu je yg aku tensiii sgt ngn pagar ruyung ai ni. stiap kali makan, xkira la mkn ape pun even nasi sesuap je..sudah pasti akn tersangkut/tselit celah2 besi pagar ai ni.haaihh,tensi. xselesa nk mkn, so kdg2 mls plak nak makan mcm2. lpas mkn je aku mesti kna wajib gosok gigi.kalau kat luar aku mesti kna g tndas bersihkan gigi gna interdental brush yg comel lote yg sntiasa ada dlm handbag aku.pemakai braces kna rajin bersihkn gigi esspecially lpas mkn sbb takut kena jngkitan pd gusi.so, aku sgt disiplin skrg ttg gigi ni.pdhal dlu xpnh kisah puunnnn.hehehehe :p

syokk sbnrnya pkai braces ni...sbb ramai yg tertarik dgn pagar ruyung yg berwarna kat gigi ai ni,hihi
lg satu bentuk muka akan berubah skit. siyesss!! rmai dh tegur ai tauu!
yg plg best, ank2 murid istimewa ai sgt2 lah tertarik dgn gigi ai ni.ada cikgu lain yg reka kisah dongeng besi pd gigi ni utk gigit sape2 yg degil,nakal n bising dalam kelas.menjadi tau kisah dongeng tu, aku masuk klas je trus senyap.waaaaa mcm cikgu disiplin yg garang gile plak.
ada jugak ank murid aku yg imaginasi tinggi (bdak autisme) panggil aku teacher robocop..pastu siap suh aku tunjuk pistol robocop.haha.bilee pulak aku ada pistol ni.mana nak cri pistol tuk tunjuk kt dia sbb dia berkeras gak nak tgk pistol robocop.haih sabo je ai.

enough about the story.

ok,till then.bye.muaaahhh3

lots of love,